Penyelidikan

Kenapa Buat Penyelidikan?

10:04 AM

Assalamualaikum


Salam sejahtera


Melalui blog ini saya nak cerita pasal "penyelidikan sains sosial".  



Kenapa "Sains Sosial"?




Tujuan kajian sains sosial adalah untuk menyelidik pelbagai disiplin ilmu yang melibatkan kehidupan manusia, kumpulan sosial dan institusi sosial.


Senang cerita, sebagai manusia yang hidup di dunia ni banyak masalah yang muncul dan setiap hari kita berfikir dan membuat pelbagai andaian tentang sesuatu perkara.


Kita sebenarnya tidak terlepas dari membuat andaian kenapa sesuatu perkara itu berlaku?


Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.



Semua andaian yang kita fikir memberi keyakinan kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian.



Namun, tiada sebarang pengesahan yang menyatakan andaian tersebut adalah betul.



Oleh itu, penyelidikan sains sosial menggunakan kaedah yang sistematik untuk meneroka, menganalisis dan membetulkan tentang tingkah laku manusia dan kehidupan sosial serta interaksi antara alam sekitar dan institusi sosial. (Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor, 2015)

Tujuannya?



Nak cari fakta baru.


Ataupun mengesahkan dan menguji fakta lama.


Ya.  


Kadangkala banyak perkara yang kita percaya belum pasti kesahihan perkara tersebut.


Dalam istilah penyelidikan kita panggil "teori".



Contohnya,  teori tentang graviti.  Penyelidikan dibuat bagi mengesahkan betul wujudnya graviti di dunia ni.  Hasil kajian yang dibuat telah menghasilkan satu kenyataan yang dipanggil teori.


Seterusnya, kajian demi kajian dibuat secara berterusan bagi membenarkan perkara tersebut.



Kaedah Penyelidikan Sains Sosial



Terdapat dua kategori penyelidikan sains sosial yang diketahui umum:


  • Kajian kuantitatif
  • Kajian kualitatif


Rekabentuk kuantitatif - adalah menyelidik fenomena sosial melalui bukti yang boleh diukur dan sering bergantung kepada analisis statistik untuk membuat rumusan yang sah dan boleh dipercayai.


Rekabentuk kualitatif - adalah menyelidik fenomena sosial melalui pemerhatian langsung, berkomunikasi dengan responden kajian atau penyiasatan dokumen purba sejarah.




Kesimpulan


Kerja menyelidik ini adalah kerja yang mulia untuk memberi manfaat dan tambah baik dalam kehidupan kita.


Melalui penyelidikan kita boleh bergerak dengan cepat menggunakan kenderaan-kenderaan moden.  Kalau tidak, kita masih berjalan kaki atau naik kereta lembu.


Perubahan teknologi komunikasi yang membolehkan kita menggunakan smartphone canggih seperti iPhone juga hasil daripada kajian demi kajian.




* Penyelidikan - memberi manfaat kepada generasi hadapan.


Siti Haslini.
Graduan Statistik UiTM


Popular Posts

Like us on Facebook